Sunday, 17 December 2017

WARISAN ZULAIKHA: GERD dan Asma

Aku mula perasan sejak akhir- akhir ini, nazira batuk diselangi dengan muntah tanpa henti. Kesian aku melihat dia lemah longlai. Selera makan mula menyusut,. Berat badan tidak pernah mencecah 10 kilogram walhal umurnya sudah empat tahun.

Hinggalah suatu hari aku ke rawatan Homopati Fitrah Helath Care. Setelah membuat analisa mengikut disiplin perubatan Homopati, simptom yang di kenalpasti bercanggah pula dengan keputusan daripada pihak doktor moden. Aku mengambil jalan tengah dan mula membuat nota setiap perjalanan dan simptom yang ada pada Zulaikha. Satu je andaian aku, asma bukan semata-mata daripada kuman atau keradangan dalam paru-paru.

Aku minta doktor buat ujianlain. hampir diherdik dengan doktor sebab aku memandai minta buat ujian berkaitan dengan perut. Sehinggalah ujian contrast study dilakukan. Dan keputusan yang diterima hampir menyamai dengan keputusan di homopati. Asma berpunca daripada perutnya yang berasid.


Atau lebih dikenali dengan GERD. kalau ikut cara kampung maksudnya, penyakit ulu hati akibat terlalu banyak angin sesat. Teringat cara orang tua berubat dengan melumur kapur di pusat.

Sunday, 10 December 2017

WARISAN ZULAIKHA: GERD dan batuk

Seperti sedia maklum anakanda nurnazira zulaikha sudah 21 kali dimasukkan ke dalam wad sejak 7 April 2014. Bermula daripada batuk biasa hinggalah 8 kali berkampung di ICU kali . Sudah lali, dengan simptom sama. Jawapan doktor akan berikan setiap kali discaj jangkitan kuman dalam paru-paru.

Pelik bukan, nak dikatakan asma, Zulaikha tidak menunjukkan tanda lelah pada hari biasa. Bahkan agak aktif bermain seperti kanak-kanak lain. Ketidakupayaan kakinya tidak pernah menghalangnya untuk lincah bergerak aktif bermain. Bahkan, aku dapat merasakan dia juga sudah bersedia menerima kekurangan dalam dirinya.

Dengan hanya menggunakan bahasa isyarat, aku masih mampu melihat dia tergelak ketawa bersama kakak-kakaknya.

Sehinggalah, apabila batuk mula menyerang. Dan aku tahu kami akn berakhir di wad, kerana apabila batuk secara automatik dia akan mula sesak nafas, lelah dan muntah-muntah.