Thursday 19 April 2018

MAKLUMAT & SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN PAKEJ UMRAH


Text Box: PAKEJ UMRAH + B’MAQDIS CUTI SEKOLAH  26 NOV 2017  14H/12M
JADUAL PERJALANAN

HARI 01                                    KUL/AMMAN   
Berkumpul di lapangan terbang KLIA 3 jam sebelum berlepas untuk urusan penerbangan terus ke  Amman,  pada pukul 10.10 malam dengan penerbangan ROYAL JORDANIAN AIRLINE.

HARI 02                                                AM QUEEN ALIA AIRPORT/BAITULMAQDIS, JERICO
Tiba di Amman Queen  Alia Airport jam 5.15 pagi, waktu tempatan dan setelah urusan immigresen, di sambut oleh wakil kami, dan terus menaiki bas untuk sarapan di restoran tempatan.  Jemaah akan dibawa untuk menyimpan beg sebelum bergerak ke Jerusalem.  Jemaah akan bertolak dengan bas ke Allenby Bridge untuk ke Baitulmaqdis.  Setelah urusan immigresen memasuki Israel, jemaah disambut oleh wakil kami untuk makan tengahari dan melawat Jerico dan seterusnya ke Jerusalem.  Check in hotel dan di bawa menziarahi Masjid Al Aqsa dan Masjid Qubbatul As-Sakhrah (DOME OF THE ROCK).

HARI 03                                    LAWATAN BANDAR JERUSSALEM
Setelah sarapan, jemaah akan dibawa menziarahi sekitaran Masjid Aqsa dan Jerussalem, Ziarah Masjid Sulaiman. Masjid Buraq, Mt Olive, Makam Rabiatul Adeweyah, Salman Al Farasi, Wailing wall, Acara bebas di Masjidil Asqa.

HARI 04                                    BETHLEHEM/HEBRON
Setelah sarapan, bertolak ke Bethlehem. Masjid Sayidina Ali, dan Nativity, tempat kelahiran Nabi Isa A.S, dan kemudian lawatan ke Hebron, ziarah Makam Nabi Ibrahim A.S, Nabi Ishak A.S, pulang ke Jerusalem, Acara bebas di Masjidil Aqsa

HARI 05                                    JERUSSALEM/AMMAN/MADINAH
Setelah sarapan, check out. Bertolak ke Allenby Bridge.  Tiba Amman, makan tengahari di Laut Mati, ziarah Maqam Nabi Shuib A.S, AshabulKafi.  Setelah makan malam jemaah bertolak ke Airport untuk penerbangan ke Madinah dengan pesawat RJ720 dijangka berlepas pada jam 2030 malam dan tiba di Airport Madinah pada  jam 2115 malam.  Jemaah akan disambut oleh wakil kami yang menunggu di lapangan terbang. Setelah urusan formaliti di lapangan terbang selesai, jemaah bertolak ke hotel untuk mendaftar masuk dan berehat. (jemaah boleh ke masjid atau melakukan acara sendiri)

HARI 06                                    MADINAH
Setelah sarapan pagi, jemaah akan dibawa menziarahi (bahagian dalaman) Masjid Nabawi seperti Makam Rasulullah, Khalifah Abu Bakar, Sayidinna Umar, Raudhah dan perkuburan Baqi’ (bagi lawatan wanita berasingan). 

HARI 07                                    MADINAH
Setelah sarapan pagi, pada pukul 0700 pagi jemaah akan dibawa melawat (ziarah luar) kawasan di sekitar Madinah seperti Masjid Quba, Jabal-Uhud, Masjid Dua Kiblat, Medan Perang Khandak serta berbelanja di Pasar Tamar.

HARI 08                                    MADINAH/MAKKAH
Jemaah akan berangkat ke Makkah Al-Mukarramah pada pukul 10.00 pagi dengan berihram dan bermiqat di Bir Ali sebelum ke Makkah. Setibanya di Makkah, jemaah akan dibawa ke hotel untuk mendaftar masuk dan menyempurnakan ibadah umrah yang pertama selepas Asar.

HARI 09                                    MAKKAH
Acara bebas. Jemaah boleh melakukan ibadah umrah dengan sendiri

HARI 10                                    MAKKAH
Pada pukul 0700 pagi jemaah akan dibawa melawat kawasan bersejarah di sekitar Makkah seperti Jabal Nur, Jabal Thur, Arafah, Muzdalifah, Mina dan akhirnya berniat umrah di Jaaranah.

HARI 11                                                MAKKAH
Acara bebas. Jemaah boleh melakukan ibadah umrah dengan sendiri.

HARI 12                                               MAKKAH
Pada pukul 0700 pagi jemaah akan dibawa melawat ke Muzium Kaabah (tertakluk kepada kebenaran pihak berkuasa), ladang unta dan akhirnya berniat umrah di Hudaibiyah.



HARI 13                                                MAKKAH/JEDDAH/AMMAN
Pada pukul 12.00 pagi, jemaah melakukan Tawaf Widaq (tawaf selamat tinggal) sebelum bertolak ke Jeddah pada pukul 0400 pagi untuk penerbangan balik ke Kuala Lumpur dengan pesawat RJ703 pada jam 0700 pagi dan dijangka tiba di Amman pada jam 0900 pagi, setibanya di Amman jemaah ke kaunter transit untuk penerbangan ke Kuala Lumpur dengan pesawat RJ180.

HARI 14                                                KUALA LUMPUR
Pesawat dijangka berlepas pada jam 0210 pagi dan dijangka tiba di KLIA pada jam 1925PM

HARGA PAKEJ (SEORANG)


JENIS BILIK
HARGA
BER-4
RM 8990.00
BER-3
RM 9440.00
BER-2
RM 9890.00





NOTA:
-       Kanak-kanan atas 10 tahun ke atas sahaja dibenarkan

PENGINAPAN:
·          
          Madinah – AL EIMAN TAIBAH @ SETARAF 100-150 METER  
          Makkah –  JAWAD AL TAJ @SETARAF 300-350 METER

**HARGA,PROGRAM,TARIKH DAN PESAWAT TERTAKLUK KEPADA TERMA & SYARAT PERUBAHAN TARIKH PENERBANGAN, MATAWANG SEMASA DAN JUGA PENGURUSAN VISA UMRAH






MAKLUMAT & SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN PAKEJ UMRAH

PENEMPAHAN:
-          Bayaran Deposit sebanyak RM500 (seorang) sehari selepas mendaftar
-          Bayaran Kedua sebanyak RM2000 (seorang), 4 bulan sebelum tarikh berlepas
-          Bayaran Akhir pada 60 hari sebelum tarikh berlepas
-                     Pembayaran boleh dibuat secara TUNAI, CEK, atau BANK-IN kepada JUARA TRAVEL & TOURS SDN BHD, AKAUN NO (MAYBANK) –“5122 4050 7277”

PAKEJ UMRAH ANDA ADALAH TERMASUK:
-          Tiket penerbangan kelas Ekonomi
-          Cukai Lapangan Terbang dan Surcaj bahan api
-          Permohonan visa umrah tertakluk kepada kelulusan Kedutaan Arab Saudi
-          Penginapan seperti yang dinyatakan di dalam aturcara
-          Makan dan Minum 3 kali sehari seperti yang dinyatakan dalam aturcara
-          Khidmat ziarah dan lawatan di Madinah dan Makkah
-          Pengangkutan darat semasa di Tanah Suci
-          Umrah 3 kali bersama mutawwif
-          Termasuk GST (airport tax- RM3.90)
-          Beg Pakaian Besar (kargo), Beg Hand Luggage , Sling Beg, Beg Telekung, Telekung,  
       Ihram, Buku, & Air Zamzam
-          Insuran Berkelompok

PAKEJ UMRAH ANDA TIDAK TERMASUK:
-          Perkhidmatan tambahan di lapangan terbang (poster) dan di hotel
-          Penggantian bagasi/barang pelbagai yang hilang dimana-mana lokasi sepanjang
       perjalanan dan lebihan timbangan bagasi.
-          Sebarang perubahan KADAR MATAWANG ASING dan kenaikan HARGA TIKET
       PENERBANGAN, CUKAI LAPANGAN TERBANG dan SURCAJ BAHAN API.
-          Perbelanjaan peribadi seperti telephone, dobi dll.
-          Tiket penerbangan domestik
-          Lawatan tambahan yang tiada di dalam senarai aturcara
-          Perkhidmatan penghantaran beg ke Semenanjung / Sabah & Sarawak

PEMBATALAN / SURCAJ PEMBATALAN PAKEJ
Permohonan pembatalan tertakluk kepada perkara 3.2.1. Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992 seperti berikut:           PERKARA 3.2.1:

22-44hari bekerja sebelum tarikh berlepas                      : Pelucutan deposit pelancongan
15-21hari bekerja sebelum tarikh berlepas                      : 35% daripada harga pakej
08-14hari bekerja sebelum tarikh berlepas                      : 50% daripada harga pakej
03-07hari bekerja sebelum tarikh berlepas                      : 75% daripada harga pakej
02hari bekerja atau kurang sebelum tarikh berlepas      : 100% daripada harga pakej

sebarang pertanyaan boleh menghubungi puan haniza www.wasap.my/60193995566

No comments:

Post a Comment