Sunday, 26 November 2017

WARISAN ZULAIKHA dan perjalanannya: GERD: Gastroesophageal reflux disease

Alkisahnya selepas nazira zulaikha ni keluar wad pada petang selasa 7 November 2017, aku rasa badan aku terapung-apung di awan-awangan.

Masih terngiang-ngiang percakapan doktor yang merengus kasar berkenaan kesihatan anak aku . Katanya wajib pasang tiub di perut sebab anak aku kritikal. Aku memang pantang lah kalau doktor tinggikan suara bercakap fakta dia sahaja yang betul.

Mentang-mentang dia doktor, suka hati dia je nak buat eksperimen kat anak aku. Aku berkeras bawak balik anak aku dari wad. Doktor ugut lagi bahawa dia tidak akan bertanggungjawab jika berlaku apa-apa ke atas anak aku.

Dengan sinis giliran aku pula menjawab selama ni pun doktor tidak pernah tidur sekatil dengan anak saya. dan saya jugak yang sememangnya akan bertanggungjawab dengan apa yang berlaku sekarang ini.

Balik rumah,,,,,,,

Aku membelek-belek helaian nota perubatan Nurnazira Zulaikha. GERD?

Apakah itu GERD?

No comments:

Post a Comment