Tuesday, 10 April 2018

8 Tips Elak Menjadi Mangsa Penipuan Pakej Umrah



8 Tips Elak Menjadi Mangsa Penipuan Pakej Umrah




panduan pilih pakej umrah malaysia




Sehingga kini, penuh di dada surat khabar mengenai kes bakal jemaah KENA TIPU oleh ‘agensi’ pengelola Umrah. Akibat kurang penyelidikan dan percaya bulat- bulat dengan penawaran menarik seperti pakej VIP, pakej murah, pakej bersama ustaz, pakej bersama dengan selebriti dan bermacam lagi, ramai menjadi mangsa penipuan pakej umrah. Walhal perkara-perkara berkaitan penipuan pakej umrah ini boleh dielakkan jika para bakal jemaah membuat sedikit penyelidikan dan semakan terhadap syarikat pengendali pakej.







1. SEMAK DAFTAR LESEN AGENSI UMRAH




Penting untuk kita tahu bahawa bukan semua agensi pelancongan boleh menawarkan pakej umrah. Menurut Kementerian Pelancongan Malaysia, yang sah mengendalikan Umrah hanyalah syarikat berstatus Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) dan dilesenkan di bawah 2 bidang (yang senaraikan di bawah):




Agensi pengembaraan(ticketing)

Pelancongan luar negeri (outbound)

Adalah berisiko jika anda membuat pembayaran melalui wakil syarikat persendirian, yayasan, atau koperasi kerana mereka sebenarnya tidak dilesenkan sebagai pengendali umrah.




semakan agensi umrah malaysia




70 senarai travel agensi yang turut berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Malaysia (boleh disemak di http://www.motac.gov.my/semakan/umrah) yang berstatus LKU Muassasah dan Kedutaan Arab Saudi di Malaysia. Senarai ini dikeluarkan dan dikemaskini oleh Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR) menerusi Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU). Ia dibahagikan kepada dua kategori, yang merupakan Muassasah dan bukan Muassasah.




agensi umrah berdaftar malaysia

Juara Travel & Tours Adalah Agensi Umrah Berdaftar Di Malaysia

Nota penting : Apa yang dimaksudkan Muassasah? Muassasah merupakan organisasi gabungan antara mutawif atau pembimbing tawaf yang biasa disebut syekh dan munawir, pembimbing ziarah. Organisasi ini antara lain tugas dan bertanggungjawabnya adalah untuk menyediakan tempat penginapan, pengangkutan, bimbingan ibadah umrah/haji dan juga keperluan maslahat umum jemaah. Organisasi ini didirikan pada 3 Mei 1984 oleh pemerintah Arab Saudi untuk meningkatkan mutu layanan haji mereka, baik di Mekah, Madinah, maupun di Jeddah.




2. SELIDIK LATAR BELAKANG AGENSI UMRAH (PENGENDALI / PENGELOLA)




Agensi umrah kuala lumpur

Juara Travel & Tours : Pemegang Lesen Khas Umrah

Selidik lebih mendalam mengenai agensi tersebut. Buat semakan mengenai latar belakang syarikat dan ‘track record’ pengendali pakej umrah. Pastikan mereka ada Lesen Khas Umrah dan permit untuk ‘outbound’ yang sah, pengalaman agensi mengelolakan umrah dan urusan visa yang dikendalikan oleh agensi. Kerap berlaku kejadian penipuan berulang dari syarikat atau agensi pengelola yang sama.




3. KANDUNGAN ASAS BROSUR AGENSI




Pastikan pakej yang ditawarkan oleh ejen umrah tersebut merangkumi semua perkara ini. Ia sepatutnya termasuk dalam pakej standard umrah.




Tiket penerbangan pergi dan balik

Visa Umrah

Penginapan

Operator yang sah / ‘Ground transport’

Makanan

Lawatan / ziarah

Diiringi oleh wakil syarikat

Mutawif

Perlindungan skim takaful umrah untuk kecemasan, sakit, atau kematian

Simpan apa jua risalah, brosure, resit pembayaran dan dokumen berkaitan pakej umrah dan haji ditawarkan. Penting supaya boleh dijadikan bukti dan rujukan seandainya berlaku apa-apa masalah di kemudian hari.




4. FAHAMI DENGAN BETUL PAKEJ UMRAH YANG DITAWARKAN




Fahami dengan betul pakej yang ditawarkan, terutama pakej-pakej yang mengandungi tawaran yang nampak istimewa dan berlainan daripada pakej disediakan oleh syarikat dan agensi pengelola yang lain.




panduan umrah 2018




Menerusi ketetapan yang dikeluarkan oleh Majlis Kawal Selia Umrah ini, harga minima untuk satu-satu pakej umrah tidak boleh kurang daripada RM4,900 untuk tempoh umrah 12 hari 10 malam. Harga yang murah sememangnya akan menjadi salah satu faktor yang paling kritikal untuk kita memilih sesebuah pakej. Oleh itu, Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) merupakan inisiatif Kerajaan yang telah ditubuhkan bawah Akta Industri Pelancongan 1992 bagi memantau pelaksanaan standard perkhidmatan syarikat pengendalian pelancongan dan agensi pengembaraan dalam mengendalikan pakej umrah. Sekiranya kurang daripada harga ini, cuba dapatkan kesahihannya daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.




5. MEMBUAT KAJIAN PERBANDINGAN HARGA PAKEJ-PAKEJ YANG DITAWARKAN




Walaupun harga minimum telah ditetapkan, ada banyak perkara yang boleh menjadikan sesuatu pakej mempunyai harga yang berlainan. Antara faktor harga yang berbeza adalah disebabkan:




Tips umrah malaysia




Tarikh – Musim kemuncak/sibuk (“Peak season”) seperti cuti sekolah, atau akhir Ramadhan yang biasanya lebih mahal.

Penerbangan transit atau terus

Kekerapan makanan

Petugas & Mutawwif

Jenis pengangkutan di sana – bas, van, limosin, dan sebagainya

Jarak penginapan dengan Masjidil Haram



Sebelum membuat bayaran, pastikan anda membuat semakan terhadap lesen ‘outbound’ dan pengendali syarikat umrah tersebut.




Ia boleh dibuat secara online melalui laman web berikut.




http://www.motac.gov.my/en/check/tobtab

jawhar.gov.my/umrah

Jika mempunyai sebarang pertanyaan dan inginkan kepastian selanjutnya, anda boleh membuat pertanyaan terus di Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia yang terdapat di setiap negeri.




6. FAHAM CARA PENBAYARAN




Sama ada kepada akaun syarikat atau kepada akaun persendirian pengurus agensi atau kepada akaun ejen-ejen yang dilantik oleh agensi. Jumlah deposit yang perlu dibayar biasanya adalah 25% dari harga pakej yang ditawarkan. Manakala, bayaran penuh perlu dibuat 21 hari sebelum tarikh berlepas.




Harga umrah malaysia




Contoh:




Harga pakej RM 5,990. 

Deposit :RM 500.00

Baki RM5490.00

boleh dibayar sebelum tarikh berlepas yang ditetapkan.




Jangan lupa minta resit rasmi syarikat setiap kali membuat pembayaran secara keseluruhan, sebahagian, atau ansuran.




Pastikan jemaah menyimpan resit pembayaran dan dokumen-dokumen yang dikeluarkan oleh agensi. Juga pastikan adakah terdapat bayaran-bayaran tambahan.




7. GANTI RUGI JIKA BERLAKU PEMBATALAN




Selain menyemak pada pakej beserta harga, anda juga perlu bertanyakan tentang terma dan syarat sekiranya berlaku pembatalan atau kepalsuan pada pakej yang dijanjikan. Maka, pastikan caj pembatalan atau peruntukan ganti rugi dinyatakan dengan jelas.




Menurut Kementerian Pelancongan Malaysia, jika anda terpaksa membatalkan umrah yang telah ditempah, anda boleh dikenakan caj pembatalan sekiranya ia dimaklumkan dalam tempoh kurang daripada 44 hari sebelum tarikh berlepas.




8. AGENSI YANG DISENARAI HITAM




Sekiranya anda berasa ragu-ragu terhadap pakej, anda juga dinasihatkan untuk menyemak senarai agensi pengendalian umrah yang telah disenaraihitamkan di pautan berikut:




http://www.motac.gov.my/en/services/announcement/731-list-of-companies-licenses-revoked-due-to-involvement-in-umrah-package-fraud




Semoga semua dapat amalkan tips ini bagi mengelakkan menjadi mangsa ditipu.




Dengan berbekalkan ilmu yang dikongsikan di atas, Juara Travel & Tours ingin menawarkan pakej umrah mampu kepada mereka yang tercari-cari pakej untuk mengerjakan umrah.




Kami ada menawarkan pakej-pakej umrah berkumpulan VIP/Premium mampu pergi yang mengutamakan keselesaan anda sekeluarga.




Maklumat Pakej :




Penginapan Bertaraf 3⭐/4⭐/5⭐

Di Madinah & Mekah




Madinah- Al Eiman Taibah 100M

Mekah - Jawad Al Taj 300M

Buffet Asia 3x Sehari

Kumpulan Umrah Yang Kecil Sekitar 40 Org Jemaah




Mutawif & Tour Leader Berpengalaman.




Insuran Perjalanan yang Komprehensif




Tiada Harga Tersembunyi




HUBUNGI KAMI UNTUK MAKLUMAT LANJUT :




JUARA TRAVEL & TOURS SDN BHD




Lesen Pelancongan – KPK/LN 2819




Lesen Khas Umrah – LKU:0006




Whatsapp – www.wasap.my/60193995566

No comments:

Post a Comment