Thursday, 19 April 2018

WARISAN ZULAIKHA: GERD, Asma, Asid dalam Perut

Hiba sebak pilu ralat kecewa pasrah. Sehinggakan tiada lagi sedu sedan yang mengiringi berita penderitaan anakkku. Setiap tutur kata doktor bagaikan tikaman belati tajam yang menghiris cebisan harapan.

Setelah Nazira zulaikha disahkan pula menghidapi severe Gastroesophageal reflux disease (GERD). Zulaikha perlu ditebuk saluran pemakanan dalam usus supaya memudahkan dia menghadam makanan dan mengelakkan muntah. Kerana asid dalam perut yang terkumpul dlm ususnya tidak dapat dikawal hingga naik menyerang paru-paru. Sebab itulah Zulaikha selalu diserang akut pernafasan.

Namun, bagi aku pembedahan bukanlah pilihan bijak. Dengan ketidakupayaannya todak blh mendengar dan berdiri seperti kanak-kanak lain sudah cukup memberitahu dia menderita. Aku perlu usahakan cara lain.

Aku yakin doa ibu dan kesungguhan pasti membuahkan hasil

No comments:

Post a Comment